PUGFM

PUGFM: Kami Generasi Sokong Felda. Kini, dan Selamanya.........
SELAMAT DATANG KE BLOG PUGFM

Ahad, 16 Januari 2011

PUGFM menyokong FELDA dan kerajaan



Pertubuhan Usahawan Generasi Felda Malaysia PUGFM menyokong penuh FELDA dan kerajaan dalam menangani segala isu berkaitan kepentingan Generasi Felda dan warga Felda keseluruhannya.
Usaha dan komitmen kerajaan dalam menangani isu-isu berkaitan warga felda amat jelas termasuk terhadap generasi felda yang akan meneruskan warisan kepentingan bangsa yang diasakan oleh Allyarham Tun Abdul Razak.

Hari ini negara diterajui anak pengasas penubuhan Felda. PUGFM yakin YAB. Dato' Seri Najib Tun Razak akan terus peka terhadap setiap rakyat berstatus warga felda dan generasinya.



PUGFM membuktikan komitmen sokongan ini dengan melancarkan pungutan tandatangan warga generasi dalam setiap program karnival JOM KE FELDA yang diadakan.
PUGFM telah menyampaikan sendiri pendirian dan komitmen sokongan itu kepada YAB.Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri di Dewan Perdana Felda dan semestinya PUGFM amat berterima kasih kepada YAB.Dato' Seri Najib yang menerima sendiri pendirian dan komitmen PUGFM itu.Turut Hadir dalam pertemuan itu YB.Datuk Ahmad Maslan Menteri di JPM dan Pengerusi FELDA Y.Bhg Datuk Yusof Nor.
Ini membuktikan Perdana Menteri begitu prihatin dalam menerima kunjungan kami.



Sesungguhnya ini bukan kali pertama YAB.Perdana Menteri membuktikan komitmen kepada PUGFM. YAB Perdana Menteri Juga sudi hadir dan menjengah kami di gerai PUGFM sempena sambutan hari peneroka lalu.
Terima Kasih YAB.Dato' Seri Najib.

1 ulasan: