PUGFM

PUGFM: Kami Generasi Sokong Felda. Kini, dan Selamanya.........
SELAMAT DATANG KE BLOG PUGFM

Sabtu, 30 April 2011

Jom Tengok Bola dan menangi hadiah-hadiah menarik di program "GEGAR BOLA" Felda Rentam,Pahang malam ini..


Program "GEGAR BOAL" muncul lagi..Kali ini di Felda Rentam Pahang.
Program bermula 4.30 petang ini dengan aksi penyanyi tempatan dalam sesi Pertandingan KaraOke suka-suka.
Anda juga akan dihiburkan dengan gelagat "Mie" Raja Lawak...
Dismaping berhbur, Malam ini akan siaran Langsung Bola Sepak Liga Inggeris yang paling berprestij didunia akan dapat anda saksikan secara langsung di Screen Gergasi.
Perlawanan yang di jangka paling menarik yang akan menyaksikan dua gergasi EPL, Manchester United akan dilayan pencabar Utama Arsenal..

Anda yang berkunjung menyaksikan siaran Langsung bolasepak tersebut juga akan diberikan minuman dan nasi lemak PERCUMA...wah..hebat..!!!

Bukan itu sahaja...
Pengunjung juga berpeluang untuk memenangi HADIAH-HADIAH MENARIK yang sungguh lumayan...dan hadiah utama Sebuah Televesyen Plasma 32"...wau...!!! disamping hadiah-hadiah menarik lain...
Meh Tengok Bola dan Menang Hadiah...

JOM KE FELDA RENTAM Petang ini...

Sabtu, 5 Mac 2011

Jom saksikan GEGAR BOLA dan Menang Hadiah-hadiah menarik di Felda Adela 6 Mac 2011


Siri kedua GEGAR BOLA anjuran Pertubuhan Usahawan Geberasi Felda Malaysia akan diadakan hari ini 6 Mac 2011 di Felda Adela Kota Tinggi, Johor.

Program akan diadakan di hentian Teksi Gugusan Adela bermula jam 4.30 Petang.
Pelbagai acara menarik diadakan seperti Pertunjukan Outoshow,Pertandingan Kara-oke,aksi artis Yazid AF dan Mie-Raja Lawak serta acara kemuncak di sebelah malam adalah acara Menonton perlawanan Bolasepak di Screen Besar dua gergasi bolasepak dunia Manchester United melawan Liverpool dalam siri EPL.
Minuman dan nasi lemak percuma diberikan kepada mereka yang duduk di kerusi yang disediakan di tapak program.

Dan Paling menarik, acara Cabutan Bertuah semasa perlawanan bolasepak berlangsung. Pelbagai hadiah-hadiah menarik disediakan dan hadiah utama sebuah televisyen.
Jangan Lepaskan peluang ini...
Jom ramai-ramai GEGAR BOLA di Felda Adela..tonton dan menagi hadiah..BEST...!!!

ATURCARA PROGRAM :

4,30 Ptg : Saringan Pertandingan Karaoke gaya 60an.
5,30 Ptg : Sessi aotograf bersama YAZID AF dan Mie - Raja Lawak..
- : Pertunjukkan Outoshow.
7.00 Mlm : Rehat
8.00 Mlm : Pertandingan Karaoke Ahkir.
- : Pertunjukan OutoShow.
9.30 Mlm : Saksikan Perlawanan Bolasepak di SCREEN BESAR.
- : Manchester United Lawan Liverpool.
- : Cabutan-cabutan Hadiah
- : Penyampaian Hadiah.

Isnin, 21 Februari 2011

Tengok Bola, Berhibur dan Menang hadiah di "GEGAR BOLA" pada 26 Febuary ini.


Pertubuhan Usahawan Generasi Felda Malaysia (PUGFM) mempersembahkan Program "GEGAR BOLA" siri pertamanya di Dewan JKKK Felda Papan Timur,Kota Tinggi Johor.
Saksikan Perlawanan Bolasepak berprestij tinggi antara MANCHESTER UNITED vs WIGAN ATHLETIC di skrin gergasi sambil berhibur dengan artis terkenal "Mie" Raja Lawak dan Yazid AF. Disamping itu anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik yang disediakan penganjur.

Aturcara Program:

4.30 Ptg : Saringan Pertandingan Karaoke Gaya 60an.
5.30 Ptg : Sesi Autograf bersama artis "Mie" Raja Lawak dan Yazid AF
: Pertandingan AutoShow
7.00 Mlm : REHAT
8.30 Mlm : Pertandingan Akhir Karaoke gaya 60an.
: AutoShow
: Kempen belian untuk Pertandingan "Guess The Win".
9.30 Mlm : Berhibur Bersama Artis Yazid AF.
: Kempen Belian untuk Pertandingan "Guess The Win".
: Persembahan Lawak Bersama "Mie" Raja Lawak.
: Kempen belian untuk pertandingan "Guess the win".
10.45 Mlm : Siaran Langsung Perlawanan BolaSepak MANCHERSTER UTD vs WIGAN.
11.30 Mlm : Cabutan Hadiah VVIP Pusingan Pertama.
11.40 Mlm : Siaran Langsung Perlawanan BolaSepak (Separuh Masa kedua).
12.25 Mlm : Cabutan Hadiah VVIP Pusingan Kedua.
01.00 Pg : TAMAT

jom saksikan GEGAR BOLA di Felda Papan Timur,Kota Tinggi


Saksikan program sulung GEGAR BOLA anjuran Pertubuhan Usahawan Generasi Felda Malaysia PUGFM yang akan diadakan pada 26 February ini di Felda Papan Timur,Kota Tinggi, Johor.
Pelbagai acara diadakan dan menangi hadiah-hadiah yang disediakan.
Disamping itu juga kita akan berhibur bersama pelawak dari kumpulan RAJA LAWAK.
Saksikan juga perlawanan Bolasepak berprestij tinggi di layar Skrin gergasi..
Jom datang beramai-ramai....

Ahad, 16 Januari 2011

PUGFM menyokong FELDA dan kerajaan



Pertubuhan Usahawan Generasi Felda Malaysia PUGFM menyokong penuh FELDA dan kerajaan dalam menangani segala isu berkaitan kepentingan Generasi Felda dan warga Felda keseluruhannya.
Usaha dan komitmen kerajaan dalam menangani isu-isu berkaitan warga felda amat jelas termasuk terhadap generasi felda yang akan meneruskan warisan kepentingan bangsa yang diasakan oleh Allyarham Tun Abdul Razak.

Hari ini negara diterajui anak pengasas penubuhan Felda. PUGFM yakin YAB. Dato' Seri Najib Tun Razak akan terus peka terhadap setiap rakyat berstatus warga felda dan generasinya.



PUGFM membuktikan komitmen sokongan ini dengan melancarkan pungutan tandatangan warga generasi dalam setiap program karnival JOM KE FELDA yang diadakan.
PUGFM telah menyampaikan sendiri pendirian dan komitmen sokongan itu kepada YAB.Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri di Dewan Perdana Felda dan semestinya PUGFM amat berterima kasih kepada YAB.Dato' Seri Najib yang menerima sendiri pendirian dan komitmen PUGFM itu.Turut Hadir dalam pertemuan itu YB.Datuk Ahmad Maslan Menteri di JPM dan Pengerusi FELDA Y.Bhg Datuk Yusof Nor.
Ini membuktikan Perdana Menteri begitu prihatin dalam menerima kunjungan kami.



Sesungguhnya ini bukan kali pertama YAB.Perdana Menteri membuktikan komitmen kepada PUGFM. YAB Perdana Menteri Juga sudi hadir dan menjengah kami di gerai PUGFM sempena sambutan hari peneroka lalu.
Terima Kasih YAB.Dato' Seri Najib.

Jumaat, 14 Januari 2011

PUGFM mengucapkan Tahniah kepada Tan Sri mohd Isa Samad dilantik sebagai Pengerusi FELDA


Pertubuhan Usahawan Generasi Felda Malaysia PUGFM mengalu-alukan dan mengucapkan setinggi tahniah kepada YB.Tan Sri Mohd Isa Bin Samad diatas perlantikan beliau sebagai Pengerusi Felda yang baru menggantikan Y.Bhg Datuk Yusoff Noor berkuatkuasa 1 January 2011 lalu.

Sesungguhnya perlantikan Tan Sri adalah satu keputusan yang tepat oleh Perdana Menteri. Felda memerlukan kepimpinan yang prihatin dan mampu membawa Felda kesatu arah kecemerlangan khususnya bagi menaikkan imej bangsa melayu yang maju dan berdaya saing di peringkat global.
Kecemerlangan atas daya usaha pengerusi sebelum ini sudah pasti diteruskan dengan perancangan yang lebih proaktif oleh YB.Tan Sri Isa Samad.

PUGFM juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Datuk Yusoff Noor selama beliau menerajui Felda dan telah memberikan kerjasama dan bantuan kepada PUGFM khususnya berkaitan kepentingan Generasi usahawan muda Felda dalam PUGFM.

Kita percaya, Tan Sri Isa Samad akan memikul tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan dan dalam masa sama juga akan memberikan kerjasama kepada PUGFM dalam aktivity serta matlamat PUGFM khususnya dan untuk generasi felda keseluruhannya.

SELAMAT BERTUGAS TAN SRI....

jom ke felda 2010





Jelajah Karnival JOM KE FELDA bagi tahun 2010 yang dianjurkan Pertubuhan Usahawan Generasi Felda Malaysia telah berakhir dengan jayanya.
Siri terakhir telah berakhir di Felda Pertam,Raub Pahang pada 19 hingga 21 disember lalu.

Program yang diisi dengan pelbagai acara telah mendapat kerjasama semua pihak terutama daripada Felda, Majlis Belia Felda, pihak pengurusan Felda dan pimpinan setempat termasuk sambutan yang hebat daripada warga felda sendiri dalam semua sirinya.

Pihak PUGFM amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama daripada institusi Felda sendiri dan berharap kerjasama dan sokongan yang sedia terjalin erat ini akan dapat diperkukuhkan lagi bagi memastikan rancangan jelajah JOM KE FELDA bagi tahun 2011 akan berlangsung dengan lebih meriah.

Pengarah Projek JOM KE FELDA, En.Hafizan Bin Hassan berharap Program untuk tahun 2011 akan dapat dilaksanakan dengan lebih meriah lagi. Beliau yang juga Timbalan PresidenPUGFM amat terharu dan bersyukur sepanjang siri bagi tahun 2010 telah mendapat kerjasama yang sangat baik daripada semua pihak.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua krew-krew yang terlibat yang berusaha bersungguh-sungguh dan komitmen yang tinggi daripada krew semua membolehkan setiap siri yang diadakan berjaya.