PUGFM

PUGFM: Kami Generasi Sokong Felda. Kini, dan Selamanya.........
SELAMAT DATANG KE BLOG PUGFM

Jumaat, 14 Januari 2011

PUGFM mengucapkan Tahniah kepada Tan Sri mohd Isa Samad dilantik sebagai Pengerusi FELDA


Pertubuhan Usahawan Generasi Felda Malaysia PUGFM mengalu-alukan dan mengucapkan setinggi tahniah kepada YB.Tan Sri Mohd Isa Bin Samad diatas perlantikan beliau sebagai Pengerusi Felda yang baru menggantikan Y.Bhg Datuk Yusoff Noor berkuatkuasa 1 January 2011 lalu.

Sesungguhnya perlantikan Tan Sri adalah satu keputusan yang tepat oleh Perdana Menteri. Felda memerlukan kepimpinan yang prihatin dan mampu membawa Felda kesatu arah kecemerlangan khususnya bagi menaikkan imej bangsa melayu yang maju dan berdaya saing di peringkat global.
Kecemerlangan atas daya usaha pengerusi sebelum ini sudah pasti diteruskan dengan perancangan yang lebih proaktif oleh YB.Tan Sri Isa Samad.

PUGFM juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Datuk Yusoff Noor selama beliau menerajui Felda dan telah memberikan kerjasama dan bantuan kepada PUGFM khususnya berkaitan kepentingan Generasi usahawan muda Felda dalam PUGFM.

Kita percaya, Tan Sri Isa Samad akan memikul tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan dan dalam masa sama juga akan memberikan kerjasama kepada PUGFM dalam aktivity serta matlamat PUGFM khususnya dan untuk generasi felda keseluruhannya.

SELAMAT BERTUGAS TAN SRI....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan