PUGFM

PUGFM: Kami Generasi Sokong Felda. Kini, dan Selamanya.........
SELAMAT DATANG KE BLOG PUGFM

Jumaat, 14 Januari 2011

jom ke felda 2010





Jelajah Karnival JOM KE FELDA bagi tahun 2010 yang dianjurkan Pertubuhan Usahawan Generasi Felda Malaysia telah berakhir dengan jayanya.
Siri terakhir telah berakhir di Felda Pertam,Raub Pahang pada 19 hingga 21 disember lalu.

Program yang diisi dengan pelbagai acara telah mendapat kerjasama semua pihak terutama daripada Felda, Majlis Belia Felda, pihak pengurusan Felda dan pimpinan setempat termasuk sambutan yang hebat daripada warga felda sendiri dalam semua sirinya.

Pihak PUGFM amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama daripada institusi Felda sendiri dan berharap kerjasama dan sokongan yang sedia terjalin erat ini akan dapat diperkukuhkan lagi bagi memastikan rancangan jelajah JOM KE FELDA bagi tahun 2011 akan berlangsung dengan lebih meriah.

Pengarah Projek JOM KE FELDA, En.Hafizan Bin Hassan berharap Program untuk tahun 2011 akan dapat dilaksanakan dengan lebih meriah lagi. Beliau yang juga Timbalan PresidenPUGFM amat terharu dan bersyukur sepanjang siri bagi tahun 2010 telah mendapat kerjasama yang sangat baik daripada semua pihak.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua krew-krew yang terlibat yang berusaha bersungguh-sungguh dan komitmen yang tinggi daripada krew semua membolehkan setiap siri yang diadakan berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan